Selamat sejahterah kawan-kawan!
Nama saya Era Ednin
Rakan-rakan saya selesa memanggil saya Era sahaja.
Saya berumur 14 tahun pada tahun ini.
Saya berdiam di Woodlands dan bersekolah di Sekolah Manengah Shuqun.
Sekolah saya terletak di Jurong East.
Ada rakan-rakan saya kata saya gila kerana saya memilih sekolah yang terletak agak jauh dari rumah saya :)
Saya adalah seorang anak tunggal.
Saya tinggal dengan ibu dan ayah saya sahaja.
Kadang-kala saya berasa agak bosan bersendirian di rumah.
Saya juga mempunyai tiga ekor kucing yang bernama Nikki, Ayu dan Blacky.
CCA saya ialah Tarian Moden.
Saya amat minati Tarian Moden.
Sebabnya adalah kerana saya telah meminati tarian hip-hop dan juga tarian moden sejak saya berumur 11 tahun lagi.
Pada setiap hari Ahad, saya ada kelas tarian hip-hop di Kembangan.
Selain dari pada tarian, saya meminati nyanyian dan papan gelungsur.
Saya bermain papan gelungsur pada masa lapang saya.
Sekarang saya jarang bermain dengan papan gelungsur saya kerana papan gelungsur saya tidak mempunyai roda. :(
Saya gemar makan makanan goreng dan saya gemar minum air Ice Lemon Tea.
Sampai di sini sahaja!
Harap Berjumpa lagi!
Era ]kecyk[
Tuesday, August 28, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)