Tuesday, September 25, 2007

BIADAP terhadap guru

Selamat sejahtera rakan-rakan ku.
Hari ini saya akan berbincang tentang murid-murid yang bersikap BIADAP terhadap guru-guru merka.

Pernakah anda melihat murid-murid yang bersikap biadap terhadap guru-guru mereka. Ada yang tengking cikgu, ada yang melawan cikgu dan macam-macam lagi.
Pada pendapat anda, mengapakah murid-murid ini bersikap biadap terhadap guru-guru mereka?? Adakah ia kerana jenis-jenis tekanan??


Pada pendapat saya, murid-murid ini bersikap biadap kerana sebuah tekanan, mungkin di rumah ataupun dengan rakan-rakan di luar dan di sekolah. Mungkin di rumah, keluarga merka suka memarahi mereka hingga setiap hari mereka pergi ke sekolah dengan perasaan kurang selesa. Jikalau sesiapa memarahi mereka, terutama guru-guru mereka, merka akan menjadi lebih mara dan melawan guru mereka.

Tekanan dengan rakan-rakan di sekolah atuapun di luar boleh disebabkan oleh rakan-rakan yang memaksa mereka membuat sesuatu yang haram, yang mereka tidak mahu. Dan jikalau mereka tidak mahu melalukan perkara itu, rakan-rakan meraka akan mengugut mereka dengan macam-macam cara.

Apabila perkara begini berlaku, murid-murid ini akan berasa lebih tertekan. Murid-murid ini tidak boleh dimarahi sikit sebab mereka cepat naik angin. Apabila mereka naik angin, mereka akan melawan sesiapa sahaja yang memarahinya.

Tetapi sikap ini kurang elok kerana cikgu-cikgu akan pandang rendah kepada murid itu. Mereka akan pandang murid itu seperti murid yang nakal dan biadap. Kalau lah murid itu tertekan mereka boleh berbual dengan sesiapa yang mereka selesa dengan atua membuat hobi mereka.

Ada juga yang bersikap biadap kerana mereka hanya mahu tunjukkan kehebatan mereka. Mereka mahu murid-murid lain tahu yang dia ini seorang murid yang garang dan tidak sesiapa pun yang boleh memarahi nya, kalau tidak murid itu akan di marah dengan lebih teruk oleh nya.

Itu larh mengapa murid-murid bersikap biadap terhadap guru.

Samapai sini sahaja!!
Jumpa lagi!
Selamat jalan!!!

________Kecyk

Tuesday, September 18, 2007

Hari Raya

Selamat sejahtera kawan-kawan.

Hari Raya Aidilfitri akan menjelma pada beberape minggu lagi.

Saya sangat ghairah.
Semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas berapuasa selama sebulan.
Berpuasa ini wajib untuk umat-umat Islam.

Berpuasa menguji kesabaran dan kelaparan kami.
Cukuplah tentang puasa! Sekarang saya mahu bercerita tentang pengalaman saya ketika Hari Raya Aidilfitri pula.


Beberapa hari sebelum raya, saya, ibu saya dan nenenk saya akan membuat bermacam kuih-muih. Satu hari sebelum raya, saya keluarga akan mengnyam ketupat di rumah saya dan membawa separuh ke rumah nenek saya keesokkan hari.


Pada hari pertama Hari Raya, saya bersama ibu bapa saya akan memakai sepasang baju raya yang berwarna sama. Kami berpakai baju raya yang berwarna sama supaya orang-orang lain di luar tahu yang kami ini sebuah keluarga.


Rumah yang pertama kami mengunjungi adalah rumah nenek sebelah ibu. Pada hati pertama, rumah nenek saya itu sangat ribut dengan saudara-maranya. Kadang-kala saya akan menuggu di luar rumahnya sehingga rumahnya tidak begitu sesak. Adik-beradik dan saudara-maranya akan bawa ketupat dan lauk-pauk yang mereka masak di rumah mereka. Nenek saya tidak perlu masak bergitu banyak kerana ramai yang memberi nya ketupat dan lauk-pauk yang bermacam-macam. Untung nenek saya itu.


Apabila saya di sana, saya akan makan ketupat dengan lauk korma sebanyak mungkin. Sebabnya adalah saya amat gemari ketupat dan lauk korma itu. Tetapi saya tidak makan sehingga saya terlalu kenyang kerana saya mahu rasa kuih-muih yang kami buat itu. Sesudah makan, anggota-anggota keluarga akan bermaaf-maafan. Sesudah itu kami sekeluarga akan bergerak ke rumah saudara-mara lain.


Menjadi seorang murid seperti saya, amat untung kerana ibu bapa, datuk nenek, makcik pakcik akan memberi duit raya yang terletak di dalam sampul yang berwarna hijau atau lain-lain. Hehehe! =)
Kami ke rumah saudara-mara daengan menaiki lori yang dipandu oleh pakcik saya.
Kami akan ke rumah saudara-mara hingga ke malam.


Dan pada hari kedua, ketiga dan seterusnya, saya masih ke rumah saudara-mara dan rumah rakan-rakan. Dapat duit raya lagi!!

di sini sahaja!
Harap jumpa lagi!
Kecyk

Wednesday, September 12, 2007

Pakaian dan remaja

> Terangkan tentang pakaian yang kamu minati.
-Saya minati pakaian 'streetwear'. Walaupun pakaian ini nampak selekeh saya tetap minati
nya kerana ia amat selesa apalagi cuaca seperti di Singapura.

> Pada pendapat kamu, adakah jenama sesuatu pakaian itu penting? Mengapa?
-Jenama itu TIDAK penting kerana kami boleh kelihatan anggun walaupun dalam pakaian yang murah dan tidak berjenama.

> Mengapakah remaja sekarang kurang gemar berpakaian tradisional?
-Mungkin pada mereka memakai baju tradisional seperti baju kuruing atau kebaya itu, sangat
merimaskan. Dan ada juga yang hendak pakai pakaian yang kasual.

> Cara seseorang itu berpakaian menggambarkan peribadinya. Setujukah kamu
dengan kenyataan ini?

-Tidak, saya tidak setuju kerana sekira orang itu berpakai serupa seorang samseng, tidak
bermakna yang beliau itu seorang samseng. Beliau berpakaian begitu mungkin kerana beliau
minat cara-cara pakaian budak-budak samseng.