Kilang sosej ‘halal’ guna usus babi diarah tutup
NOOR NIRWANDY menunjukkan stok sarungkulit sosej berasaskan usus babiyang disimpan di premis terbabit.– Gambar oleh Salim Shaari
KUALA LUMPUR: Dua kilang pengeluar sosej menggunakan sarung kulit sosej daripada usus babi diserbu semalam dan diarah tutup selama dua minggu, berkuat kuasa serta merta.Kedua-dua tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak menjaga kebersihan dan Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1952 membabitkan penggunaan sijil halal yang tamat tempoh.Sebuah kilang terletak di Kompleks Selayang di sini manakala satu lagi berhampiran Pasar Borong Selayang di sini. Antara barang dirampas 200 kotak berisi sosej, kotak kosong dengan logo ‘halal’ yang tidak sah, pelekat dan sarung plastik.Selain itu, sebuah restoran yang beroperasi dalam gedung perabot terkemuka di Damansara Utama, di sini, yang dipercayai menjadi pelanggan utama kilang sosej sama juga diserbu dan 50 kotak berisi produk sama turut dirampas. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata pemeriksaan mendapati, kedua-dua kilang itu masih beroperasi walaupun sijil pengesahan halalnya luput pada Januari 2004.“Tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha yang menggunakan sijil halal tidak sah boleh menjejaskan usaha negara untuk menjadi Pusat Halal Dunia.“Kita tidak berkompromi dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas bersama-sama menyertai operasi itu.Operasi yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu diketuai Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin serta Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman.Turut serta anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Bahagian Siasatan dan Pendakwaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kesihatan. Abdul Rahman juga mendedahkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku dilantik sebagai ejen bagi membantu pengusaha memperoleh sijil halal.“Sesiapa didatangi ‘ejen’ terbabit perlu melaporkan kegiatan itu segera kerana ia sememangnya tidak sah,” katanya.Difahamkan, ejen terbabit mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk setiap permohonan bagi membantu pengusaha mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau jabatan agama Islam negeri.
KOMEN : apa tindakan yang dikenakan kepada mereka yang terlibat??? ape pulak perasaan majoriti masyarakat islam di malaysia???
Wednesday, October 3, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)