Selamat sejahtera kawan-kawan.
Hari Raya Aidilfitri akan menjelma pada beberape minggu lagi.
Saya sangat ghairah.
Semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas berapuasa selama sebulan.
Berpuasa ini wajib untuk umat-umat Islam.
Berpuasa menguji kesabaran dan kelaparan kami.
Cukuplah tentang puasa! Sekarang saya mahu bercerita tentang pengalaman saya ketika Hari Raya Aidilfitri pula.
Beberapa hari sebelum raya, saya, ibu saya dan nenenk saya akan membuat bermacam kuih-muih. Satu hari sebelum raya, saya keluarga akan mengnyam ketupat di rumah saya dan membawa separuh ke rumah nenek saya keesokkan hari.
Pada hari pertama Hari Raya, saya bersama ibu bapa saya akan memakai sepasang baju raya yang berwarna sama. Kami berpakai baju raya yang berwarna sama supaya orang-orang lain di luar tahu yang kami ini sebuah keluarga.
Rumah yang pertama kami mengunjungi adalah rumah nenek sebelah ibu. Pada hati pertama, rumah nenek saya itu sangat ribut dengan saudara-maranya. Kadang-kala saya akan menuggu di luar rumahnya sehingga rumahnya tidak begitu sesak. Adik-beradik dan saudara-maranya akan bawa ketupat dan lauk-pauk yang mereka masak di rumah mereka. Nenek saya tidak perlu masak bergitu banyak kerana ramai yang memberi nya ketupat dan lauk-pauk yang bermacam-macam. Untung nenek saya itu.
Apabila saya di sana, saya akan makan ketupat dengan lauk korma sebanyak mungkin. Sebabnya adalah saya amat gemari ketupat dan lauk korma itu. Tetapi saya tidak makan sehingga saya terlalu kenyang kerana saya mahu rasa kuih-muih yang kami buat itu. Sesudah makan, anggota-anggota keluarga akan bermaaf-maafan. Sesudah itu kami sekeluarga akan bergerak ke rumah saudara-mara lain.
Menjadi seorang murid seperti saya, amat untung kerana ibu bapa, datuk nenek, makcik pakcik akan memberi duit raya yang terletak di dalam sampul yang berwarna hijau atau lain-lain. Hehehe! =)
Kami ke rumah saudara-mara daengan menaiki lori yang dipandu oleh pakcik saya.
Kami akan ke rumah saudara-mara hingga ke malam.
Dan pada hari kedua, ketiga dan seterusnya, saya masih ke rumah saudara-mara dan rumah rakan-rakan. Dapat duit raya lagi!!
di sini sahaja!
Harap jumpa lagi!
Kecyk
Tuesday, September 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment